Powered By Blogger

Thursday, 14 October 2010

Mandian Badan Baby Cinta

Mandian Badan Baby Cinta menjadikan kulit bayi bersih, menyegarkan dan lembut. Formulasi imbangan pH yang lembut mengandungi pelembap menghidrat bagi membantu mengembalikan dan mengekalkan imbangan lembapan semula jadi serta membekalkan nutrisi menghidrat pada kulit bayi selepas setiap mandian. Formulasi tidak memedihkan mata yang hipoalergenik ini kaya buih, mencegah kerengsaan pada mata dan kulit bayi serta Ekstrak Alor Veranya pula memberikan rawatan penyuburan kulit manakala Vitamin E bertindak membersih, melegakan dan melembapkan kulit bayi dengan lembut dalam satu langkah mudah. Ia juga membantu mengekalkan lembapan serta melegakan kulit bayi yang halus.
HARGA : RM 10.70+(RM6.00 POS LAJU)

Syampu Baby Cinta

Tiada yang lebih halus daripada rambut dan kulit bayi. Bayi tidak mempunyai rembesan air mata normal untuk melindungi mata mereka daripada gangguan luaran. Oleh sebab itulah mereka memerlukan syampu formulasi khas yang bukan sahaja hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan) tetapi ia juga lembut dan melegakan kulit. Syampu Rambut Baby Cinta diperbuat daripada kombinasi bahan mesra-bayi yang istimewa. Syampu Rambut Baby Cinta mudah dibilas, menjadikan rambut lembut, bersinar, terurus dan bersih. Ia berbau harum, lembut, dengan formulasi pH seimbang serta Ekstrak Aloe Vera bagi kebaikan dan kesan penyuburan aloe vera yang menakjubkan. Formulasi hipoalergenik yang membersih, melembap dan melindungi kulit kepala bayi secara lembut tanpa merengsakan mata atau kulit bayi - Syampu Rambut Baby Cinta pilihan mandian bayi yang pasti digemari!


HARGA : RM12.30 + (RM6.00 POS LAJU)

Bedak Talkum Bayi dan Kanak-kanak Baby Cinta



      Bedak Talkum Halus Baby Cinta sungguh halus dan ringan, meninggalkan rasa lembut bak baldu dan wangian segar pada kulit si kecil. Bedak talkum halus ini dirumus dengan tepung jagung yang menyerap lembapan berlebihan agar kulit bayi kering serta mengelakkan melecet di celah paha, bawah lengan dan belakang lutut. Ia juga mengandungi Alantoin yang berkemampuan hebat merawat luka dan ulser kulit serta membantu menggalakkan pertumbuhan tisu sihat di samping menyingkirkan lembapan agar bayi rasa segar sentiasa. Kandungan Aloe Veranya melegakan dan melindungi kulit halus bayi. 

      HARGA : RM 10.70 + (RM6.00 POS LAJU)

    Wednesday, 13 October 2010

    nak perkenalkan sikitlah blog nie yer...

    salam semua...ermmm baru nk belajar berblog nie...malujerkan..tak pandai lgsung nk wat blognie..sebabkan minat pada biz online terpaksa lah bina blog nie gak..walaupaun amat buruk..takperlah..slow2..baru nk belajarlah katakan..nak mintak tlg kawan2 tjuk ajarkan yer...

    alahai melalut pulak dah...sebenarnya..blognie ditubuhkan krn minat eda kat biz online nie..kids and babies store akan membuka jualannyer insyaAllah awal bulan 11 2010 nanti...hihihi...kat sini nanti eda akan buka kedai jual barang berkaitan dengan semua keperluan kanak-kanak dan baby tak kiralah dari baju diaorg..hingga keperluaan peribadi diaorg...baju2 bundle ada gak...hihihihi..nantikan yer..

    tapi maaflah kan blognie masih dalam proses 'pembinaan' hahahahaha.....

    ok..semua itu sajalah utk arinie..just nk kenallkan sdikit sbnyk blognie jer..harap2 kawan follow lah blog nie nnti..sama2 kita cari rezeki yer....

    Tuesday, 12 October 2010